February, 2023

18Feb9:00 AM12:00 PMBENGKEL NACC : KETAGIHAN DIGITAL9:00 AM - 12:00 PM Event Type:Workshop

Event Details

Sangat mustahil untuk menafikan kegunaan Internet kerana kita hidup di zaman yang banyak aktiviti dan transaksi dilakukan melalui peranti mudah alih dan komputer. Walaupun banyak memberi kebaikan namun ramai juga terutama remaja dan kanak-kanak kecil mengalami gangguan secara emosi, pertumbuhan dan sosial kerana ketagih permainan online dan media sosial.

Ketagihan Internet menjadi isu di seluruh dunia dalam kalangan generasi masa kini dan akan datang. China dan Korea Selatan telah mengkategorikan ketagihan Internet sebagai ancaman kesihatan awam yang ketara. Di peringkat tempatan, tinjauan 2017 mendapati bahawa kira-kira 40% remaja Malaysia ketagih Internet, menghabiskan tempoh purata lebih daripada 4 jam setiap hari untuk sama ada permainan online atau media sosial.

Bengkel ini akan membantu para kaunselor, pemimpin gereja atau awam dan ibubapa untuk memahami punca ketagihan permainan online dan media sosial. Langkah-langkah yang perlu untuk mencegah dan menangani ketagihan.

 

PEMBICARA: BENJAMIN GAN
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Tun Abdul Razak. Selepas tamat pengajian pernah bekerja di pelbagai sektor tempatan dan antarabangsa, seperti di institusi pendidikan, dan gereja dan juga NGO seperti MMHa, Crisis Home, El-Shaddai. Mempunyai pengalaman bekerja dengan remaja, dewasa muda, dewasa, warga tua, dan juga mereka dari pelbagai kumpulan etnik.
Benjamin sedang bekerja dengan The Mind. Beliau menjalankan sesi bimbingan individu, dan sesi kumpulan dan latihan. Pada masa lapang beliau juga berkhidmat sebagai ahli terapi dalaman sukarelawan di gereja tempat beliau beribadah.

TARIKH :
18 Februari 2023

MASA:
9.00AM – 12.00PM

TEMPAT:
APLIKASI ZOOM

HARGA:
Non-Member : RM100
Member : RM50

PEMBAYARAN:

  1. Online registration and payment below
  2. Registration via email and Online Transfer to Bank account, with your full name and membership number (if any):
    Name: National Association of Christian Counsellors, Malaysia
    MBB A/C No. 5122 3134 8681

** Important: For payment methods 2 & 3, please email your registration and bank in or transfer payment confirmation to : office@nacc-malaysia.org otherwise we cannot register you for this event.

Organised by:
National Association of Christian Counsellors (NACC) Malaysia

Website:
www.nacc-malaysia.org

Email:
office@nacc-malaysia.org

Time

(Saturday) 9:00 AM - 12:00 PM

Purchase Tickets

Tickets are not available for sale any more for this event!

Speaker

  • Benjamin Gan

    Benjamin Gan

    Bachelor of Education: Guidance and Counselling (University Tun Abdul Razak) Masters of Professional Counselling (Monash University Malaysia) Professional Affiliation(s) Licensed and Registered Counsellor with Malaysian Board of Counsellors (LKM) (KB09634, PA09261)

X
X